Singgah sebentar dari kesibukan kota. Nikmati rekaan dalaman moden berkonsepkan alam semula jadi, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.
Pilih tarikh dan sahkan penginapan anda.
3:00 Petang
12:00 Tengahari
Maksimum 8 Tetamu
3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
Villa Rimba direka khas untuk memberikan anda suasana percutian yang mewah tetapi kekal dengan aura 'homey'. Terletak di kawasan strategik berhampiran Pantai Cenang, Langkawi.
Sama ada anda mencari ketenangan atau tempat berkumpul sekeluarga, ruang tamu yang luas, dapur yang lengkap, dan halaman privasi kami pasti memenuhi kehendak percutian anda.
Segala kemudahan bertaraf hotel 4-bintang kami bawa terus ke homestay ini untuk keselesaan optimum anda.
Terletak di kawasan yang tenang namun cukup dekat dengan tumpuan utama pelancong di Langkawi. Anda tidak perlu memandu jauh untuk mencari kedai makan, pantai, atau lokasi menarik.